KUALA LUMPUR: Tujuh pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) di sini, pada Sabtu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau yakin wakil rakyat yang hadir hanya terdiri daripada mereka yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan PN setelah episod pengkhianatan yang dilakukan oleh enam ahli Parlimen serta seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut.
Menurutnya, apa yang berlaku amat mengecewakan namun tidak melemahkan PN untuk terus berjuang melawan sebarang godaan bersifat peribadi.
"Setiap panji yang berada di bawah PN wajib ada roh perjuangan dalam diri dan hati masing-masing.
"Tetapi sejarah mengajar kita bahawa perjuangan itu penuh onak dan pancaroba. Ramai yang tersungkur di tengah jalan, hanya mereka yang teguh imannya, cekal hatinya, istiqamah jiwanya sahaja yang mampu menyalakan obor perjuangan suci demi agama dan bangsa negara ini.
"Tetapi Allah SWT hadirkan sesuatu perkara itu ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya kita kenal mana intan, mana kaca mana yang ikhlas...," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat PN di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Susulan itu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi ahli Parlimen dan ADUN yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.
Bagaimanapun, pada 6 Mac, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.
Dalam pada itu, Hamzah mengingatkan pemimpin PN yang lain agar berwaspada dengan gelombang sokongan rakyat yang mempunyai pasang dan surutnya.
Katanya, rakyat kini bukan hanya menilai kerajaan tetapi juga menilai pemimpin pembangkang dalam memainkan peranan untuk membawa suara mereka.
"Jangan anggap pengundi akan terus bersama kita.
"Sudah ramai dalam kalangan kita boleh dianggap sebagai ahli politik bermusim," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
Hamzah berkata, apa yang berlaku amat mengecewakan namun tidak melemahkan PN untuk terus berjuang melawan sebarang godaan bersifat peribadi. - Gambar fail
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
'Sekurang-kurangnya kita tahu mana intan, mana kaca' - Hamzah
Tujuh pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri tidak hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN).